Al-Quran recital online.

Quran Explorer - Interactive Audio Recitations & Translations

Wednesday, November 25, 2009

Masjidil Aqsa


Masjid kedua tertua dan ketiga tersuci di dunia adalah Masjidil Aqsa (Masjid Al-Aqsa). Masjid itu dibangunkan di atas lokasi Kenisah Sulaiman atau Haykal Sulaiman dan termasuk di antara tiga masjid yang perlu dikunjungi oleh kaum Muslim sesuai dengan anjuran Nabi Muhammad s.a.w. Keutamaan Masjidil Aqsa ini didasarkan daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama dari 100,000 kali di tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.” ( Riwayat ad-Darimi, an- Nasa’i, dan Ahmad)

Masjidil Aqsa disebut di dalam al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj (Q.17:1). Nabi s.a.w. melakukan Israk (perjalanan malam hari) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum bermikraj ke Sidratulmuntaha, sebagaimana dalam firman-Nya: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami…” (Q.17:1).

Kalangan ulama berbeza pendapat mengenai istilah “aqsa”. Sebahagian berpendapat bahawa masjid ini disebut Aqsa (Jauh) kerana memang jauh dari Masjidil Haram di Mekah. Menurut pendapat lain, masjid ini disebut Aqsa kerana ia merupakan tempat yang bebas daripada segala jenis kotoran, tempat turunnya malaikat serta wahyu, dan kiblat para nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Pendapat lain lagi mengatakan bahawa Masjidil Aqsa bukan di Baitulmaqdis tetapi di Sidratulmuntaha. Alasan ini didasarkan pada fakta bahawa Haykal Sulaiman sudah dihancurkan pada tahun 70 SM oleh Kaisar Titus dari Rom.

Masjidil Aqsa berada dalam sebuah kompleks di kota Baitulmaqdis (rumah, tempat suci atau yang disucikan). Baitulmaqdis adalah sebutan bagi Jerusalem yang juga disebut al-Quds. Masjidil Aqsa didirikan di atas tanah bekas Haykal Sulaiman. Di dalam kompleks itu, Masjidil Aqsa terletak di selatan Kubah as-Sakhrah yang juga dikenali dengan nama Masjid Umar atau The Dome of the Rock. Masjid itu didirikan seperti di atas sakhrah (batu hitam yang menjadi landasan mikraj Nabi s.a.w) oleh Abdul Malik bin Marwan pada tahun 72 H/691 M.

Nabi Sulaiman a.s membangun tempat ibadah Yahudi (kenisah) di Jerusalem yang disebut Haykal Sulaiman. Bangunan yang terletak di Haram asy-Syarif itu lalu dihancurkan oleh Kaisar Titus pada tahun 70 SM. Khalifah Umar membina sebuah masjid (Masjidil Aqsa) di bekas lokasi Haykal Sulaiman itu. Kubah masjid itu berwarna perak. Masjidil Aqsa telah diperbaiki beberapa kali, namun bentuknya tetap tidak berubah.

Ketika menerima penyerahan Jerusalem (dahulu bernama Aelia) daripada penguasa Nasrani, Umar al-Khattab mendapati tompokan sampah di atas sakhrah. Beliau dan kaum Muslim membersihkan tempat itu. Lalu beliau berkata kepada Ka’b bin Ahbar (seorang Yahudi yang memeluk Islam), ”Menurut pendapat kamumu, di mana saya dapat mendirikan sembahyang untuk kaum Muslim?” Dia (Ka’b) menjawab, ”Dirikanlah di belakang(sebelah utara) sakhrah.” Umar pun membalas, ”Hai kau anak perempuan Yahudi, kau masih terpengaruh dengan kefahaman Yahudi! Sebaliknya, saya akan mendirikan masjid tempat di pusat lokasi Haykal Sulaiman kerana kami menguasai seluruh pusat kenisah itu.” Lalu, sebuah Masjid dibina di sebelah selatan sakhrah seperti yang dapat disaksikan sekarang ini. Masjid itulah yang dinamakan Masjidil Aqsa.

Sunday, November 15, 2009

JOHOR DARUL TAKZIM NEGERI PERTAMA BANGKIT MEMPERTAHANKAN KEBENARAN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan Mufti Negeri telah menganjurkan Multaqa Penjelasan Isu-isu Aqidah & Syariah pada 2 Zulhijjah 1428H bersamaan 12hb Disember 2007M di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru. Majlis ini dirasmikan oleh SS YB Dato' Noh Gadut, Mufti Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim dengan kehadiran kira-kira lebih 4000 perserta terdiri dari Dif-dif Kehormat DALAM & Luar Negara, AJK Fatwa Negeri, Pegawai & Kakitangan Kerajaa Negeri, Nazir Masjid, Para Imam, Guru-guru Takmir Negeri, Ngo Islam dan individu tertentu. Multaqa ini diserikan dengan sesi soal jawab dan resolusi sebagai tindakan pihak Jabatan Mufti Negeri Johor, Jabatan Agama dan Majlis Agama Islam negeri Johor Darul Takzim.
Antara Panel Pembentang :

1) Dr Muhammad Uthman el-Muhammadi (Fellow Amat Utama ISTAC)

2) Us Hj Zamihan Hj Mat Zin al-Ghari (Pen Pengarah ILIM)

3) Us Hj Mahfuz Muhammad (Pengarah Urusan Middle East Global Sdn Bhd)
4) al-Shaykh Dr Abd Rahman 'Amasyh (Bayrut, Lubnan)

Seminar ini amat berjaya dan rata-rata peserta berpuas hati dengan tahap kualiti akademik pembentang dan pengurusan Jabatan Mufti Negeri Johor.

Tahniah dan syabas keatas Mufti dan Kerajaan Negeri Johor atas usaha anda membasmi wahabi.

Negeri Johor terkenal kerana usaha mereka membasmi ajaran wahabi yang mengkafirkan umat Islam sejak sebelum merdeka lagi.Sila rujuk fatwa mufti Johor berkenaan wahabi.Saya amat berbangga dengan usaha kerajaan negeri Johor ini.Teruskan usaha anda.Ucapan tahniah juga kepada panelis yang terlibat seperti Syeikh Abdul Rahman Amasyh ,Ustaz Zamihan,Dr Uthman El Muhammady,Ustaz Mahfuz dan juga mereka yang sama terlibat . Syabas !

"SYABAS DAN TAHNIAH BUAT KERAJAAN JOHOR"

Wallahua'alam -ashraf-


Posted at 08:31 am by ibnumajah
Comment (1) Permalink

Apa Itu Wahabi?

Wahabi merupakan satu fahaman / aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain / Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab . Syeikh Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabism . Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

* Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi , Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.
* Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal ( al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taimiah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahlakn dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin, Mauritania dan kini semakin berleluasa di Malaysia.
Pengasas

Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim.Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.

Beliau adalah seorang sufi , ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan , bukan satu mazhab.

Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah.

Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.

Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.

Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak, malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.
Perubahan

Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924 -kini.

Perubahan yang mereka lakukan ialah :

1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924.
2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Semua ini maksiat dan membawa kepada syirik.
3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa di situ.
4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap maksiat dan perlu dihapus.
5. Melarang melagu-lagukan azan terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
6. Melarang membaca qasidah
7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.
9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.

Wallahua'lam -ashraf-

Repair Shops Hack Your Laptops

Komputer Rosak ?

Komputer anda rosak? Saya harap anda dapat baca artikel dibawah ini sebelum menghantar komputer anda yang rosak tu ke mana-mana kedai untuk dibaiki. Ia mungkin akan menjadi satu mimpi ngeri selepas ini. Dibawah ialah petikan dari artikel tersebut. Kalau ada sebarang pendapat, jangan lupa tinggalkan komen ye. Semoga artikel ni bermanfaat untuk anda .

Penipuan Jurutera Komputer

Dunia memang penipuan, ada penipuan yang dapat kita jangkakan, ada pula penipuan yang tidak dijangkakan. Berita yang disiarkan oleh five tv UK semalam, menarik saya untuk mencoretkan sedikit nasihat kepada pembaca berkenaan penipuan serius yang dilakukan oleh kedai-kedai baiki komputer. Laporan dan kajian yang dilakukan adalah di beberapa buah kedai di London, tetapi saya yakin ia mungkin sahaja berlaku di tempat lain khususnya Malaysia.

Menurut laporan itu, pihak penyiasatan sengaja merosakkan sedikit komputer mereka dengan melonggarkan internal cip memori (amat mudah untuk dibaiki). Kemudian, menyerahkannya ke beberapa buah kedai komputer untuk proses baikpulih.


Apa yang menarik, pada masa yang sama, mereka memasang sejenis alat khusus tersembunyi di komputer masing-masing berupa kamera, yang boleh merakam wajah techichan di hadapan screen komputer dan juga apa sahaja page yang ditekan oleh technician tersebut.

Keputusan yang diperolehi amat mengejutkan iaitu :-

1. Hanya satu kedai yang jujur terus terang memberitahu hanya kerosakan kecil dan ia dibaiki tanpa bayaran.

2. Semua kedai lain (hampir 5 buah), didapati membuka fail peribadi pemilik computer, melihat gambar peribadi pemilik computer, malah lebih dahsyat mereka turut menyalin sebahagian gambar dan maklumat peribadi.

3. Mereka juga cuba berkali-kali untuk akses ke laman internet banking yang digunakan oleh pemilik komputer, tetapi gagal kerana di dalam kes ini komputer yang dihantar adalah dirancang dan pemilik sengaja memasukkan butiran palsu. Ini bermakna jika orang biasa yang kerap memasuki internet banking melalui komputer kita yang rosak ini, maka dengan mudah pihak technician komputer boleh mencuri segala maklumat, malah boleh mengakses akaun bank kita juga.

4. Mereka juga boleh mengakses segala akaun email dan sebagainya kerana password kita yang boleh diperolehi dari komputer kita.

5. Mereka juga didapati menipu pelanggan apabila mengatakan kerosakan serius, ada yang mencadangkan pelanggan agar menukar motherboard computer yang berniali GBP 130 (RM750), sedangkan pihak penyiasat sengaja melonggar satu memori cip sahaja. Bayangkan bagaiamana penipuan sebegini dengan mudah berlaku dalam industry pembaikpulihan computer. Dalam kes ini, dua pihak telah membayar ‘refund’ kepada pihak penyiasatan apabila penipuan mereka dibongkarkan sejurus selepas itu. Malangnya, syarikat yang menipu bukan hanya syarikat kecil tetapi termasuk syarikat gergasi seperti PC World!.

Berdasarkan laporan di atas, saya suka menasihatkan orang ramai agar berifkir panjang dan membuat pilihan sebaik-baiknya sebelum menghantar lap top atau desktop anda untuk pemulihan.

Anda mungkin tiada gambar peribadi sexy yang ingin dirisaukan, tetapi bagaimana dengan maklumat perbankan internet, email, facebook dan sebagainya.

Jika ada peniaga, mekanik atau technichan computer yang membaca tulisan ini, sedarlah segala tindakan tersebut adalah haram di sisi Islam, dan segala keuntungan hasil penipuan juga haram.

Seseorang peniaga mungkin dengan mudah boleh memperolehi keuntungan ganda hasil menukar benda yang tidak perlu, tetapi ia merupakan satu penipuan yang hanya melayakkan seseorang untuk berada di neraka Allah swt. Hal yang sama juga mungkin berlaku semasa kita membaiki kereta, ditukarnya benda yang tidak rosak atau sengaja dirosakkan bahagian yang tidak rosak agar boleh mendapat caj yang lebih.

Beringat-ingatlah..


JERMAN PERLUKAN PRODUK HALAL

Berdasarkan bilangan penduduk Islam yang semakin meningkat di Jerman, permintaan produk halal turut meningkat.

Situasi itu membuka peluang untuk para pembekal produk halal Malaysia dan sekaligus industri makanan halal Malaysia yang merintis segmen makanan, mempunyai peluang cerah, bukan sahaja menembusi malah mengukuhkan diri dalam pasaran khusus yang belum ada saingannya setakat ini berbanding segmen lain.

Oleh itu, pembekal Malaysia yang mendapat sokongan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), yang mempunyai pejabat di Frankfurt, boleh membuka pasaran yang mampu menjana perniagaan dalam jangka panjang.

Kelebihan tambahan ialah saiz pasaran yang dijangka meningkat memandangkan semakin ramai pengguna Jerman kini terdedah kepada produk halal, yang pada masa lepas, terhad kepada penduduk Islam di negara itu.

Kini, para pembekal Jerman dan Eropah menambah produk halal dalam pasaran, sebagai contoh dengan menambah saham dalam produk halal yang biasa ditemui di rak-rak di pasar raya Jerman.

"Beberapa tahun lepas, jarang terdapat produk halal di pasar raya Jerman. Wujud tanggapan salah mengenai istilah halal yang kerap dikaitkan dengan agama.

Bagaimanapun, tanggapan itu secara beransur-ansur terhakis hasil peningkatan penghayatan terhadap tahap kebersihan, dan semakin banyak pasar raya cuba memikat penduduk Islam dengan menawarkan produk halal," kata Armin Bollig, seorang penyelidik mengenai tabiat pengguna, yang menetap di Frankfurt.

Menerusi lebih tiga juta umat Islam - dan trend yang menunjukkan pertumbuhan dalam demografi - pengilang makanan Jerman mendapati pasaran yang lebih menarik jika menawarkan produk yang memenuhi kehendak minoriti yang paling pesat berkembang di Jerman itu.

"Bahagian kecil di pasar raya utama ini menunjukkan kepada anda peluang yang wujud dalam corak berbelanja pengguna Jerman yang hari ini bersedia menerima amalan makanan yang asing sebelum ini," kata Bollig semasa berjalan di Frankfiurt yang ramai didiami masyarakat Turki dan penduduk Islam lain.

Tiga juta pengguna Islam di Jerman mungkin masih merupakan pasaran yang kecil, namun berpotensi berkembang pesat memandangkan semakin ramai pengguna tempatan yang membeli produk halal.

Pengguna Jerman yang kurang terdedah kepada budaya makanan masyarakat lain, kini menikmati hidang roti pita bersama daging dan sayur serta sos cili atau sos bawang putih, dan beransur-ansur mengetepikan sosej dan sauerkraut, makanan harian Jerman yang banyak lemak.

Namun banyak pembekal Jerman dan Eropah bukan sekadar membekalkan produk halal kepada pengguna di Jerman dan negara Eropah berjiran lain, malah ke pasaran eksport lain di negara Islam.

Antara produk halal yang dihasilkan ialah coklat, sup serta biskut.

Syarikat makanan, sebagai contoh, Nestle, mewujudkan 75 unit halal dalam rangkaian syarikat globalnya. Syarikat Swiss itu memperoleh lebih banyak keuntungan menerusi produk halal berbanding produk organik lain, dan mendapat sambutan baik di kalangan pengguna Barat.

Rangkaian peruncitan Jerman, Casino memperkenalkan laman Internet tahun lepas yang dikenali sebagai Wassila, eksklusif untuk produk halal.

Boots Britain juga melancarkan makanan bayi halal di 30 kedai runcitnya.

Beberapa pembekal halal Jerman juga berkata, Malaysia mempunyai burger halal yang dihidangkan oleh McDonald yang berjaya meningkatkan jualannya sebanyak 30 peratus dalam tempoh singakt.

Bagaimanapun, banyak pembekal Jerman menghadapi dilema mengenai pematuhan yang perlu diikuti dalam menyediakan makanan halal seperti penyembelihan haiwan serta ayam itik.

Mereka bagaimanapun menangani masalah itu dengan mengimport daging halal dari pembekal luar.

Masalah lain ialah pensijilan halal memandangkan tiada badan rasmi yang diperakui di Jerman yang berhak mengeluarkan sijil halal.

Akibatnya, terdapat peningkatan bilangan unit halal yang tidak terkawal, yang kini hanya disahkan oleh para imam, yang berbuat demikian dalam kapasiti tidak rasmi kerana tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian (mengeluarkan sijil halal).

Sebelum ini terdapat kes pemalsuan pengeluaran sijil halal.

Bagaimanapun, dagangan halal akan kekal di sini. Malah ada yang sanggup membeli produk halal kerana ia merupakan "trend mega" dengan banyak kedai dan pasar raya mengaut untung, terutama ketika keyakinan pengguna kurang bermaya akibat kelembapan ekonomi dan meningkatnya pengangguran.

Forum Halal Dunia mengunjurkan jualan dunia bagi produk halal dalam tahun semasa mencecah 634 bilion euro, meningkat daripada 580 bilion euro pada 2005.

Pameran makanan terbesar dunia, ANUGA, yang berlangsung di Cologne dari 10 hingga 14 Oktober ini juga akan memberi tumpuan terhadap produk halal, dengan satu pertiga daripada 6,000 pempamer, mengetengahkan pelbagai jenis makanan halal.

Malaysia diwakili oleh satu kontinjen syarikat pengilangan makanan, kebanyakannya membekalkan produk halal.

Firasat tahi lalat

Pada orang tua-tua setiap yang ada pada diri kita mempunyai rahsia & maksud yang tertentu contohnya tahi lalat. Sejauh mana kebenarannya "hanya tuhan yang tahu"

TANDA DAN FIRASAT
bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yang suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita

biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki

punggung kanan - agak mengalami kesulitan
punggung kiri - malas dan suka duduk

betis kanan - suka berhibur, boros
betis kiri - rajin,tidak suka menganggur

lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun

kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal

hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya

ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat

batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki

dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan - atau kiri baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2

tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budi
alis kanan - suka menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka

pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun

telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan - cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab

buah dada kanan - baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri - ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin

pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yang suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman

ubun-ubun - kurang jujur

pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemuliaan

pinggang kanan - sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup

telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya

siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong

jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat

pergelangan tangan kanan - boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri - dapat berpangkat

perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yang cinta

pelipis kiri - murah rezeki, dapat jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha

kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas - baik budi, ramai yang suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

Hits Counter

OMap